Hiburan

Pertubuhan Kasih Neelofa x Hospital KPJ Turun Padang, Agih Bantuan Makanan Asas Kepada OKU

23 Julai 2021- Melalui Program Infaq Jumaat, Pertubuhan Kasih Neelofa kali ini telah mengadakan agihan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU) di PPR Desa Rejang Kuala Lumpur. Penerima- penerima merupakan OKU yang berdaftar dan merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI) yang kesemuanya merupakan penduduk PPR Desa Rejang.

Bantuan makanan asas tersebut merupakan sumbangan daripada Hospital KPJ dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang merupakan simbolik kebersamaan pihak Hospital KPJ kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pndemik.

En Haris bin Ismail, Duta Pertubuhan Kasih Neelofa, ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil PERJATI berkata,

“OKU di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa. Mereka tidak menumpukan kepada status OKU mereka tetapi berusaha untuk mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran. Namun begitu mereka tetap terkesan dengan pndemik ini”

Dalam program agihan ini, wakil dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dijemput untuk hadir bagi memberi penerangan dan berkongsi maklumat-maklumat berkenaan fungsi PERKESO dalam membantu golongan OKU yang hilang dan memerlukan pekerjaan bagi mengetahui laluan untuk mendapatkan peluang- peluang pekerjaan.

Puan Noor Neelofa, pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dengan Pertubuhan Kasih Neelofa dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti keperluan asas dan menyediakan peluang pekerjaan.

“Saya berharap kerjasama bersama Hospital KPJ dan PERKESO ini dapat memberi manfaat dalam tempoh jangka panjang yang lebih besar kepada orang ramai.”

Pada hari yang sama, Pertubuhan Kasih Neelofa juga menjalankan agihan daging Qurban sumbangan Yayasan Pelajaran Mara di PPR Lembah Subang 2 serta lokasi-lokasi lain di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Besar Pertubuhan Kasih Neelofa, Puan Tina Noor di talian 018- 3535558.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *