Hiburan

1.3 juta tonton video, kelakuan itik terikut ‘member’ cuit hati netizen

Sebelum ini pernah kecoh media sosial kerana kucing yang berkelakuan seperti arnab dan sebagainya. Hal itu bagaimanapun mencuit hati ramai kerana tingkah laku yang dianggap tersalah bergaul.

Namun begitu, gara-gara seorang pengguna TikTok ini berkongsikan pula telatah seekor itik miliknya mengundang 1.3 juta mata menonton apabila dia menyertakan rakaman video yang melucukan.

Sehingga itik itu juga menjadi bualan hangat pengguna aplikasi TikTok yang lain berikutan tercuit hati dan ‘ger4m’ melihatkan telatah comelnya.

Kelihatan menerusi video, terdapat dua ekor anjing bersama seekor itik namun apa yang melucukan kerana itik itu beria mengikuti dua ekor anjing itu.

Lalu tidak semena-mena, itik itu dilihat seperti merasakan dirinya juga merupakan anjing apabila berkelakuan mengikuti gerakan dua ekor anjing terbabit lalu mengundang ribuan komen berserta meraih lebih 200,000 tanda suka ditinggalkan di perkongsian ini.

Menjenguk pula ke ruangan komen melalui video TikTok itu, netizen dalam pada masa yang sama berseloroh dengan situasi comel itu dan meluahkan reaksi ‘geram’ bersama tercuit hati melihat telatah tiga ekor haiwan itu yang baik bersama.

“Hey guys tunggu saya…”

“Ahhh cute…”

“Wow amazing, sekarang saya percaya dan berfikir cartoon network shows benar…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *