Hiburan

Caprice Kesunyian Sambut Hari Jadi – “Berhijrah Seorang Diri Di Negara Orang..”

Sempena ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini, penyanyi rap Caprice berkongsi di InstaStory dengan meluahkan rasa kesunyian apatah lagi sedang ‘berjihad’ seorang diri di luar negara. Pemilik nama Ariz Ramli itu berkata, ia adalah hari paling sukar untuk ditempuhi dalam kehidupannya sejak meninggalkan Malaysia lebih sebulan lalu bagi misi kemanusiaan ke G4za.

“This has been the toughest 40 days of my life. The first time kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang.
“I’ve never felt lonliness like this before. Yet the most closest to Allah in the past 5 days,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Takut kolaborasi bersama Yonnyboii itu tetap bersyukur dengan apa yang telah terjadi selain berharap orang ramai akan ‘memahami’ situasi sebenar satu hari nanti.

“Alhamdulillah for everything that has happened. Insyaallah one day all of this will make sense to you and the ummah,” ujarnya.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan beberapa isu berhubung misi kemanusiaan di Pa3estin yang membabitkan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. Isu berkenaan terus ‘panas’ selepas Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4za Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri mendedahkan sisi lain mengenai pasukan Ebit sehingga berlarutan selama beberapa hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Difahamkan, dia yang ketika ini berada di Mesir masih belum dibenarkan masuk ke dalam wilayah bergolak tersebut selain menyatakan keputusan enggan pulang ke tanah air demi meneruskan misi seorang diri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *