Hiburan

Turun 20 Kg Lepas Bersalin Anak Kedua, Siti Nurhaliza Mahu Lebih Kurus

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dia ingin menurunkan lagi berat badan sehingga mencapai tahap ideal.

Ujar Siti, setelah melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa kira-kira tiga bulan yang lalu, berat badannya mencecah sehingga 92kg namun dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20kg selepas bersalin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Dia yang ditemui ketika sidang media virtual produk BeauRaya semalam turut memaklumkan ingin menurunkan berat badan sebanyak 10kg lagi untuk mencapai berat ideal iaitu 60kg. Akui Siti lagi, berat badannya sukar untuk turun berbanding wanita lain selepas berpantang.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia kini lebih tertumpu kepada Afwa selepas menimang cahaya mata keduanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Sebelum ini memang saya manjakan dan lebihkan tumpuan pada Aafiyah. Tapi sekarang saya fokus dan lebihkan kepada Afwa pula. Alhamdullilah Aafiyah okay sahaja dan dia pun sangat sayangkan adiknya. Setiap pagi selepas bangun dia akan mencari adiknya untuk dicium..”

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran dua permata hatinya itu kerana telah melengkapkan kehidupan berkeluarga untuk dirinya.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *