Hiburan

“Menjadikan Saya Pengacara Termuda Di Melodi Dan…,” – Dedikasi Janna Nick, Ucap All The Best Untuk Nabila Huda

Pelakon Janna Nick mengucapkan terima kasih buat produksi program hiburan, Melodi kerana membuka platform buatnya dalam bidang pengacaraan.

Janna yang turut mengundurkan diri dari set berkenaan bersama hos gandingan, Awal Ashaari dan Ajak Shiro merupakan antara pengacara termuda yang pernah mengendalikan program hiburan mingguan itu.

“Terima kasih kerana menyumbang kenangan terindah pengalaman yang teramat berharga dalam perjalanan karier seni saya.

“Menjadikan saya seorang pengacara termuda di melodi menjadi platform pertama yang mengajar saya erti pengacaraan.

“Terima kasih co host saya yang selalu menceriakan hari ahad saya @ajakshiro @awalashaari! Semua team @meloditv3 yang terlibat secara langsung tidak langsung.

I’m gonna miss you guys so much!,” titip Janna.

Dedikasi tersebut dikongsikan pelakon Melastik Ke Hatimu itu menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.

Janna turut mengucapkan selamat maju jaya buat his baru, pelakon Nabila Huda.

“Juga kepada semua penonton Melodi, Tanpa anda mana mungkin saya kekal hingga ke hari ini. To @kupu_kupu! Congratulations & All the best.

“Janna Nick signing out. 2018-2021,” tulisnya bersama pautan video memori saat beberapa tahun bersama Melodi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *