Biarpun gagal membawa sebarang pingat Olimpik buat Malaysia, namun kelibat pasangan Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara platform 10 meter seirama wanita tetap menggembirakan peminat sukan negara.
Namun apa yang lebih menariknya ialah apabila stesen televisyen berjaya menangkap aksi mencuit hati daripada Pandalela yang menyebut perkataan babi setelah keputusan diumumkan.
Ianya mendapat perhatian netizen sekaligus membuktikan bahawa dia anak jati Malaysia.
😂😂😂 https://t.co/SwL7zt9x6N pic.twitter.com/JIREzbVN1n
— syiqah (@syqhramli) July 27, 2021
Bagi netizen, ianya adalah perkataan yang hanya disebut oleh orang Malaysia ketika mengekspresikan rasa kecewa dan marah.
Terdahulu, seorang lagi atlit Olimpik, Jinq En juga turut menyebut perkataan ‘penat giler’ yang sangat kerap diucapkan oleh orang Malaysia ketika kepenatan.
Bila kau dapat pecah rekod kebangsaan kat Sukan Olimpik. 😄
Terbaik Jinq En! 💪🏻💪🏻💪🏻@ASTROARENA pic.twitter.com/fJWFrMKFIH
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 25, 2021
Ianya dipersetujui dengan rata-rata netizen turut memuktamadkan ‘babi, penat giler’ sebagai ayat yang popular saat ini. Malahan ada pula yang memberi komen mengenai parlimen pula.
Apa pun, itu reaksi spontan, anda pun sama ke?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami
Sumber: Cari