Hiburan

“Kalau Berlakon Macam T4hi Pun Tak Guna Juga” – Rosyam Nor Bagi Teguran Jujur Buat ‘Instafamous’

Kuala Lumpur: “Mereka popular macamana pun kalau berlakon macam t4hi, nanti orang tak suka mereka,” kata penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor mengenai kecenderungan segelintir penerbit mengambil Instafamous berlakon.

Rosyam berkata, setiap pelakon mempunyai zaman-zaman tertentu seperti dirinya yang melakar populariti menerusi media cetak.

“Zaman saya zaman majalah dan surat khabar. Sekarang ini zaman Internet. Mereka dikenali sebagai sebagai influencer yang popular.

“Namun, mereka datang atas niat nak berlakon kerana minat atau sekadar dikenali untuk kejar benda lain yabg nak dibuat? Itulah sebabnya kejujuran itu penting. Untuk bawa watak utama susah sikit kerana mereka tiada pengalaman,” katanya pada sidang media secara maya drama Cik Ayu Mee Sanggul hari ini.

Drama yang ditayangkan menerusi slot Megadrama Astro Ria sejak semalam turut membariskan Amelia Henderson, Aqasha, Cat Farish, Shiqin Kamal, Fimie Don dan Rosyam sendiri.

Menurutnya, dia sendiri mendengar kr1tikan peminat mengenai pemilihan Instafamous sebagai pelakon.

“Ada segelintir daripada mereka menimbulkan m4salah kepada produksi pula di lokasi. Lebih baik kalau mereka minat berlakon, mulalah dari bawah.

“Saya nak jaga nama mereka kerana mereka dah ada populariti. Saya harap dengan kerja mereka akan jadikan mereka lebih popular, dikenali dan tersemat dalam hati.

“Banyak orang popular tapi nama mereka hanya disemat dalam pemikiran. Tiada pun orang rindu bila hilang. Saya selalu ingatkan pelakon saya agar berikan lakonan yang tinggalkan kesan,” katanya.

Rosyam berkata, dia tiada masalah dengan Instafamous untu mewarnai industri seni tanah air.

“Mereka harus siap sedia dan jangan ambil kesempatan berlakon hanya untuk popular. Apabila sampai set tak boleh buat apa yang dikehendaki..

“Namun, itu pernah terjadi zaman saya juga apabila pelakon yang popular di majalah tak boleh berlakon apabila di set. Apapun semuanya rezeki masing-masing,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: https://www.hmetro.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *