Uncategorized

Akhirnya, satu per tiga sasaran pingat di Sukan Olimpik berjaya direalisasikan selepas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza, beregu No. 1 negara itu menundukkan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14.

Kemnangan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menokok kepada dua kemenangan sepanjang sembilan pertemuan dengan ‘The Dadies’.

Kjayaan itu juga menyaksikan beregu No. 9 dunia itu meneruskan legasi sukan badminton negara untuk membawa pulang pingat sejak 2008.

MaIaysia meletakkan sasaran tiga pingat menerusi badminton, terjun dan berbasikal trek dalam edisi kali ini, dengan salah satu daripadanya adalah emas.

Terdahulu, Aaron Chia-Wooi Yik melakar kejutan mara ke separuh akhir apabila mengatasi beregu No. 1 dunia Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dari Indonesia menerusi kemenangan 21-14, 21-17.

Berapakah imbuhan diterima kalau menang pingat di Olimpik?

Pertama sekali pihak Asia Kini nak ucapkan tahniah kepada Aaron Chia dan juga Wooi Yik sebab menang gangsa acara badminton sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasti ramai tak sangka mereka bakal mendapat imbuhan sebanyak RM100 ribu dan pencen seumur hidup lagi!

Namun adakah betul reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni?

Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Gangsa dapat RM100 ribu, Perak RM300 ribu, kalau pingat emas? Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya adalah  RM 1 JUTA!!

Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986.

Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3).

Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan.

Tapi untuk artikel ni kita fokus kat Olimpik sahaja.

Individu:

Emas – RM1 juta
Perak – RM3OO ribu
Gangsaa – RM1OO ribu

Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team):

Emas – RM1 Juta  setiap team
Perak – RM3OO ribu setiap team
Gangsa – RM1OO ribu setiap team (Aaron Chia dan Wooi Yik menang yang ni lah)

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team:

Emas – RM150 ribu setiap ahli
Perak – RM40 ribu setiap ahli
Gangsa – RM20 ribu setiap ahli

Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton pada Olimpik 2016.

Hadiah kemenangan semua sukan sama, tiada double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan.

Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama.

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit:

Emas – RM5OOOsebulan
Perak – RM3OOO sebulan
Gangsa – RM2OOO sebulan

Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2OOO sebulan.

Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik sahaja.

Sumber:utusan dan soscili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *