Hiburan

“Saya Mungkin M4ti Kalau Hidup Tanpa Muzik,”-Daiyan Trisha

Bimbang dengan situasi semasa industri seni kreatif yang semakin tenat ekoran p4ndemik C0vid-19, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha membayangkan dirinya boleh m4ti sekiranya hidup sepi tanpa muzik.

Pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, itu juga tidak dapat menggambarkan kehidupan tanpa elemen muzik yang menghiasi setiap sudut hidupnya sebagaimana rutin seharian sehingga hari ini.

Kredit foto: IG

“Saya sejujurnya tidak dapat membayangkan sekiranya hidup dalam ketiadaan seni muzik. Saya fikit saya boleh m4ti.

“Bagaimana untuk hidup tanpa menulis, menghasilkan muzik dan bermain dengan instrumen? Bagaimana jika kita hilang seni ini kerana industri yang diceburi sedang merana?” tulis bekas pengacara Muzik Muzik itu dalam satu hantaran Instagram.

Bagaimanapun tutur teraju utama filem Busker itu kepada Kosmo! Online, perkara tersebut diibaratkan sebagai metafora terhadap minatnya dalam bidang seni muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


“Itu hanya metafora, tidaklah m4ti betu-betul. Bagi saya jika tiada muzik, jiwa saya hilang.

“Menulis dan menghasilkan muzik ialah coping mechanisms iaitu cara untuk menangani stres atau menjauhi emosi negtaif dalam diri,” jawabnya ringkas.

Difahamkan hantaran tersebut dilakukan sempena kempen Apa Khabar Anak Seni yang dilancarkan sekumpulan penggiat industri hiburan tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


Selain berlakon, menyanyi dan pengacara, Daiyan juga aktif menghasilkan lagu-lagu ciptaan sendiri sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Baru-baru ini juga, kontraknya sebagai pengacara Muzik Muzik turut ditamatkan dan diganti oleh penyanyi Sissy Iman.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kami
Sumber : cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *